Hidup ini tak pernah sempurna.
Pasti akan ada kekurangannya.
Ramai manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada
ada sahaja benda yang tak cukup bagi mereka.
Sudah diberi kemewahan, tetapi masih tamak,
tidak mahu berkongsi kemewahan yang ada.
Pada yang miskin, tidak punya apa-apa,
selalu menyalahkan pada takdir mereka.
Salah apakah takdir itu, menyalahkan Tuhan hanya kerana hidup yang kurang berkemampuan, patutkah itu?..
Wahai MANUSIA yang tak pernah bersyukur,
KEMISKINAN DI DNUIA TAK BEERTI KAU TERHINA !
Wahai MANUSIA yang tak pernah bersyukur,
KEMEWAHAN YANG TERBINA TAK BEERTI HIDUP KAU KAN SENTOSA !
kesempurnaan Tuhan yang menilainya...
Ingatlah wahai MANUSIA
Dunia ibarat pentas lakonan,
manusia sebagai pelakon
dan pengarah utamanya
Al-Quran dan As Sunnah itulah skripnya
Malaikat itulah jurugambarnya
Islam itu jalan ceritanya
Kiamat itulah kesudahan pengambarannya
Padang Masyar tempat penganugerahannya
Rasulullah SAW adalah penerima anugerah terbaiknya
Allah SWT adalah Hakimnya
Syurga atau neraka adalah trofinya.
Sedarkah kamu harta dan tahkta boleh membutakan mata.
Pangkat dan juga harta takkan menjanjikan bahagia.....
Sedarlah wahai saudara islamku....
No comments:
Post a Comment