Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

Friday, June 3, 2011

"KELIBAT"





"Tiiiiiiidaaaaaaaaaaaaaaaaakkkk!" Itulah kata yang tiba2 keluar dari mulut aku ini. Fika yang berada di katil sebelahku terkejut lantas menegur dan mengejutkan aku."Wei! Dia..kau apasal ni...dah macam kena histeria je aku tengok?" Itulah yang disoalkan kepadaku. Panik dengan keadaanku yang masih tidak membuka bicara Fika terus memanggil rakan-rakan dari bilik sebelah. Keadaanku bagaikan dipukau, aku masih lagi tidak dapat membuka mulut tetapi aku sedar akan setiap apa yang Fika lakukan. Aku melihat rakan-rakan ku yang lain datang dengan keadaan yang kelam kabut. Sementelah itu, aku terlihat kelibat sesuatu, semakin lama kelibat itu semakin hampir denganku. Rupa-rupanya kelibat itu ialah seorang Ustazah yang menjaga asrama perempuan Teratai, namanya Shuhadah. Ustazah Shuhadah memberi aku minum segelas air kosong yang telah dihembuskan dengan bacaan ayat suci al-quran. Setelah aku minum air kosong itu, barulah aku dapat berbicara semula. Ustazah Shuhadah bertanya kepadaku apa yang telah terjadi. Aku yang masih lagi kebingungan hanya menjawab "Saya tidak tahu". Setelah itu, Ustazah Shuhadah mengarahkan pelajar-pelajar yang lain pulang ke bilik masing-masing.

Keeoskan harinya, aku ke kelas seperti biasa. Sampai sahaja ke kelas mereka bertanya aku apa yang telah terjadi semalam. Namun aku tidak dapat menjawab semua soalan mereka kerana aku sendiri tidak mengetahui jawapannya. Petang itu aku pulang ke asrama agak lewat kerana ada latihan bola baling. Aku sebagai ketua pasukan perlu memastikan semua peralatan yang  digunakan disimpan di tempat mereka. Kerja aku selesai pada pukul 7.15 petang. Aku pun berjalan menuju ke asrama perempuan Teratai. Dalam perjalananku itu aku merasakan seolah-olah aku diperhati dan aku merasakan seperti ada yang mengekori aku. Apabila aku menoleh ke belakang, aku tidak melihat sesiapa melainkan aku seorang sahaja yang ada dikawasan itu. Pak guard pun hilang entah kemana. Mungkin bersiap untuk solat maghrib kataku sendiri.
Aku menghiraukan semua itu kerana mungkin aku hanya berkhayal. Tiba-tiba aku seperti nampak akan kelibat seorang budak kecil. Tanpa berfikir panjang aku terus mengekori kelibat budak itu.

"Dia, Dia! Dia !" Sayup-sayup suara itu memanggil namaku. Aku tercari-cari arah suara itu. Tiba-tiba duniaku menjadi gelap gelita. Sekali lagi aku mendengar suara memanggil namaku. Tetapi suara yang memanggilku kali ini seperti aku pernah mengenalinya. Perlahan-lahan duniaku menjadi terang semula. Rupa-rupanya Fika yang telah memanggil namaku. Aku melihat sekeliling bagi memastikan dimana aku berada. Telah diamati aku rupanya berada di dalam bilikku. Fika memberitahu aku bahawa aku telah dijumpai pengsan oleh pakcik guard di kawasan blok 3 yang tidak berpenghuni itu. Semakin lama aku menjadi semakin pelik dengan diriku. aku bertanya pada diri sendiri. Siapa yang selalu memerhatiku itu. Siapakah yang selalu aku rasakan mengekoriku. Siapa? Dengan begitu banyak persoalan yang hadir meminta jawapan di dalam kotak fikiranku, aku terus tertidur.

Hari persekolahan yang berikutnya aku sudah tidak diganggu lagi sehinggalah kemuncaknya berlaku pada hari akhir persekolahan sebelum cuti penggal yang pertama. Pada pagi itu, aku menghadiri kelas Biologi yang diajar Cikgu Fatimah tanpa sebarang masalah. Setelah selesai kelas Biologi Cikgu Fatimah aku dan rakan-rakan yang lain meninggalkan makmal untuk pulang ke kelas. Dalam perjalanan pulang ke kelas itu kami perlu melalui Blok 3 yang agak sunyi itu. Ketika itu hatiku berasa seperti ada yang tidak kena. Aku menoleh kiri dan kanan. Suhaila, teman sekelasku berasa hairan dengan kelakuanku. Dia bertanya kepadaku "Kau nie kenapa Dia? Macam ada yang tak kena je?"  Aku hanya diam. Kelas kedua hari itu ialah kelas matematik Cikgu Zuraida. Semasa kelas Cikgu Zuraida aku sudah mula berasa tidak selesa. Tiba-tiba aku terlihat lagi kelibat budak kecil itu. Dia tersenyum padaku, kemudian dia menyeringai seperti ingin memarahiku. Aku dalam keadaan sedar dan tidak terus menjerit. Keadaan kelas ketika itu kelam kabut. Kemudian aku tidak sedarkan diri.

Aku tersedar dari pengsan, aku melihat rakan-rakanku ada bersama. Aku bertanya pada Suhaila apa yang sudah berlaku. Dia hanya berdiam dan memandang Ustazah Shuhadah. Aku juga memandang Ustazah Shuhadah dan aku pun bertanya pula kepadanya. Ustazah Shuhadah memberi tahu aku bahawa aku telah diganggu oleh makhluk halus. Ustazah Shuhadah bercerita lagi bahawa makhluk itu merupakan budak kecil yang selalu berada di Blok 3. Ketika itu baru aku teringat kembali ketika aku mula-mula pindah ke sekolah ini. Ketika itu aku bertanya pada Fika. "Fika, kenapa Blok 3 tu tak ada orang guna..sunyi je aku tengok?" Ketika itu jugalah Fika bercerita bahawa Blok 3 itu ada penghuninya sendiri. Dan Fika juga berpesan kepadaku agar tidak bercakap besar mengenai Blok 3 itu. Tetapi salah aku kerana tidak mendengar nasihat Fika. Aku secara tidak sengaja telah mencabar 'penghuni' Blok 3 itu. Oleh itulah aku sering kali diganggu.

Setelah kejadian itu, aku telah pulih sepenuhnya atas bantuan seorang Ustaz. Dia telah meminta makhluk itu kembali ke tempat asalnya. Keadaanku disekolah juga kembali seperti biasa. Aku sudah tidak diganggu lagi oleh makhluk itu. Semenjak dari itu aku sedar, jangan sesekali memandang rendah pada makhluk yang lain. Kerana sememangnya mereka wujud.........



Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata
Moral of the story : Janganlah sesekali memandang rendah pada makhluk yang kita tidak nampak. Yakinlah mereka sememangnya wujud. Jangan sesekali mencabar dan mengganggu mereka....


Cerita yang agak tergantung sebab nak cepat...heeeee~

*With Love*

Assalamualaikum
jawab tau !...tak jawab dose
masuk nerake.......
nanti 'orang' lain pulak yang jawabkan...heheee
 
*Full of love* 
Bye-bye

No comments:

Post a Comment